Thursday, December 10, 2009

Permulaan Aku Sebagai Usahawan Cyber Centre


Assalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera kepada pembaca yang dihormati,


Perniagaan merupakan sebuah aktiviti yang melibatkan antara pengguna dan peniaga. Aktiviti ini memberi peranan yang amat penting dalam konteks hubungan sesama manusia @ muamalat. Setiap manusia memerlukan pertolongan atau pun bantuan daripada orang lain untuk memenuhi keperluan dan kehendaknya. Malah dalam hadis pun menyatakan bahawa 9/10 daripada sumber rezeki adalah melalui perniagaan. Maka mungkin ada di antara kita yang terfikir apakah perniagaan yang sesuai dengan mereka.


Semua itu bergantung kepada beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh pembaca sendiri. Memulakan perniagaan semestinya memerlukan keazaman yang tinggi kerana perniagaan adalah bukan perkara yang diambil mudah. Namun begitu, pembaca yang budiman harus diingat bahawa pernigaan adalah sebuah aktiviti yang menarik dan berbaloi berdasarkan kemampuan. Andalah pekerja dan pada masa yang sama and juga adalah bos. Bukankah menarik aktiviti ini? Tiada sesiapa yang perlu mengongkong anda. Anda boleh menjalan aktiviti mengikut kebebasan anda.


Saya telah memulakn perniagaan saya dengan menternak kambing pada awalnya. Namun begitu, saya tidak lagi menumpukan perniagaan saya terhadap aktiviti penternakan semata-mata. Saya harus berfikiran jauh dan matang dengan pendapat yang lebih terjamin dan tetap. Ini adalah kerana perniagaan yang melibatkan penternakan ini memerlukan perhatian yang berterusan dan saya tinggal di Kuala Lumpur. Ternakan saya di Johor, maka saya telah memberi kepercayaan kepada orang di sana untuk menjaganya.


Saya bermuhasabah diri. Perniagaan yang mungkin sesuai bagi saya dalah perniagaan yang sentiasa diperlukan oleh pelanggan saya khususnya di kawasan yang berkepadatan tinggi dan juga berhampiran dengan kawasan institusi pendidikan. Alhamdulillah, saya telah memilih untuk memiliki perniagaan pusat sumber internet @ cyber centre. Berbekalkan pengalaman saya menguruskan pembelian komputer dengan rakan saya yang juga usahawan cyber centre, saya menjadi rakan kongsi dengan beliau.

Mungkin para pembaca boleh berkongsi pandangan dan juga pendapat di blog saya ini. Saya baru sahaja memulakan penulisan blog ini untuk meningkatkan pengetahuan saya dan juga pengalaman saya boleh dikongsikan bersama dengan para pembaca yang budiman.

No comments:

Post a Comment