Pada dasarnya terdapat tiga jenis perkhidmatan pusat siber yang berasaskan ICT yang ditawarkan di negara kita. Antaranya adalah:
- Cyber Cafe ( Kafe Siber )
- Cyber Centre ( Pusat Siber )
- Gaming Centre ( Pusat Permainan Berkomputer )
Kafe Siber @ Cyber Cafe
Kafe siber adalah tempat di mana pelanggan boleh makan atau minum sambil menggunakan perkhidmatan internet. Aktiviti utama pelanggan adalah menggunakan internet seperti membuka e-mail, membaca akhbar secara talian, dan juga melayar laman sesawang. Selain itu , terdapat juga beberapa aplikasi yang ditawarkan seperti laman sembang secara talian, menaip kerja-kerja dan juga permainan secara talian. Pengusaha juga menawarkan perkhidmatan lain seperti perkhidmatan mengimbas dokumen, mencetak dokumen yang ditaip oleh pelanggan, menyimpan data di dalam cakera padat dan menawarkan perkhidmatan komputer. Pelanggan boleh menjamu selera sama ada di meja komputer yang disediakan atau pun di meja makan berasingan di dalam premis yang sama. Kini dengan teknologi tanpa wayar, pemilik kafe siber juga menyediakan perkhidmatan LAN tanpa wayar yang membolehkan pelanggan membawa komputer riba untuk menggunakan perkhidmatan internet dengan caj bayaran yang lebih murah ( hanya caj untuk talian dan juga caj penggunaan elektrik )
Pusat Siber

Pusat Permainan Komputer
Pusat permainan komputer kini lebih mirip kepada pusat siber dan juga kafe siber. Ini adalah kerana pengusaha premis tersebut boleh menawarkan permainan komputer tanpa menggunakan token dan pelanggan boleh bermain dengan sepuas hati mereka tanpa perlu ragu akan tempoh masa dan juga 'nyawa' dalam permainan tersebut. Pengusaha juga boleh menawarkan permainan komputer sama ada menggunakan komputer peribadi, Playstation, atau pun X-Box. Walaupun terdapat perkhidmatan permaina atas talian, namun pelanggan mungkin tidak boleh menggunakan internet untuk akses selain daripada permainan atas talian. Kini, fenomena perniagaan ini semakin berkembang dengan baik di negara ini. Ini adalah berikutan penawaran permainan atas talian seperti LastChaos, Ragnarok dan lain-lain lagi.
No comments:
Post a Comment