Sunday, December 20, 2009

Beberapa Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Pengusaha Internet I

Saya ada mendengar beberapa rungutan daripada beberapa rakan-rakan saya yang menjalankan perniagaan pusat siber di kawasan mereka. Bahkan saya juga ada meninjau beberapa pusat siber yang dijalankan oleh beberapa bangsa lain di tempat saya ini. Saya cuba membandingkan apa yang dilakukan oleh pengusaha pusat siber melayu dan bangsa lain.



Terdapat beberapa perbezaaan yang ketara antaranya:


1) Pemasaran yang lemah


2) Suasana dalam premis yang kurang menarik


3) Perkhidmatan yang disediakan yang lemah


4) Pengurusan yang tidak efisien

Thursday, December 10, 2009

Apakah Perbezaan Antara Cyber Cafe, Cyber Centre, dan Gaming Centre

Mungkin ada diantara kita sudah biasa menggunakan perkhidmatan yang berasaskan Teknologi Informasi dan Komunikasi @ ICT di sekeliling tempat tinggal mereka. Namun, adakah mereka dapat membezakan pusat-pusat siber yang biasa mereka gunakan ini. Di sini saya cuba menerangkan kepada pembaca mahu pun mereka yang mahu berjinak-jinak dengan perniagaan siber ini.
Pada dasarnya terdapat tiga jenis perkhidmatan pusat siber yang berasaskan ICT yang ditawarkan di negara kita. Antaranya adalah:
  1. Cyber Cafe ( Kafe Siber )
  2. Cyber Centre ( Pusat Siber )
  3. Gaming Centre ( Pusat Permainan Berkomputer )

Kafe Siber @ Cyber Cafe


Kafe siber adalah tempat di mana pelanggan boleh makan atau minum sambil menggunakan perkhidmatan internet. Aktiviti utama pelanggan adalah menggunakan internet seperti membuka e-mail, membaca akhbar secara talian, dan juga melayar laman sesawang. Selain itu , terdapat juga beberapa aplikasi yang ditawarkan seperti laman sembang secara talian, menaip kerja-kerja dan juga permainan secara talian. Pengusaha juga menawarkan perkhidmatan lain seperti perkhidmatan mengimbas dokumen, mencetak dokumen yang ditaip oleh pelanggan, menyimpan data di dalam cakera padat dan menawarkan perkhidmatan komputer. Pelanggan boleh menjamu selera sama ada di meja komputer yang disediakan atau pun di meja makan berasingan di dalam premis yang sama. Kini dengan teknologi tanpa wayar, pemilik kafe siber juga menyediakan perkhidmatan LAN tanpa wayar yang membolehkan pelanggan membawa komputer riba untuk menggunakan perkhidmatan internet dengan caj bayaran yang lebih murah ( hanya caj untuk talian dan juga caj penggunaan elektrik )

Pusat Siber

Pengusaha menawarkan perkhidmatan yang sama seperti kafe siber cuma tidak menjual makanan dan juga minuman di dalam premisnya. Selalunya pengusaha memfokuskan perkhidmatan internet, mencetak dokumen, mengimbas dokumen, menyimpan data ke cakera padat dan juga menjual aksesori komputer. Disebabkan perniagaan ini hanya berorientasikan komputer dan internet, pengusaha juga menawarkan perkhimatan menjual dan baik pulih komputer. Perniagaan ini merupakan perniagaan siber yang paling ramai di negara kita.

Pusat Permainan Komputer

Pusat permainan komputer kini lebih mirip kepada pusat siber dan juga kafe siber. Ini adalah kerana pengusaha premis tersebut boleh menawarkan permainan komputer tanpa menggunakan token dan pelanggan boleh bermain dengan sepuas hati mereka tanpa perlu ragu akan tempoh masa dan juga 'nyawa' dalam permainan tersebut. Pengusaha juga boleh menawarkan permainan komputer sama ada menggunakan komputer peribadi, Playstation, atau pun X-Box. Walaupun terdapat perkhidmatan permaina atas talian, namun pelanggan mungkin tidak boleh menggunakan internet untuk akses selain daripada permainan atas talian. Kini, fenomena perniagaan ini semakin berkembang dengan baik di negara ini. Ini adalah berikutan penawaran permainan atas talian seperti LastChaos, Ragnarok dan lain-lain lagi.
















Permulaan Aku Sebagai Usahawan Cyber Centre


Assalamualaikum w.b.k dan salam sejahtera kepada pembaca yang dihormati,


Perniagaan merupakan sebuah aktiviti yang melibatkan antara pengguna dan peniaga. Aktiviti ini memberi peranan yang amat penting dalam konteks hubungan sesama manusia @ muamalat. Setiap manusia memerlukan pertolongan atau pun bantuan daripada orang lain untuk memenuhi keperluan dan kehendaknya. Malah dalam hadis pun menyatakan bahawa 9/10 daripada sumber rezeki adalah melalui perniagaan. Maka mungkin ada di antara kita yang terfikir apakah perniagaan yang sesuai dengan mereka.


Semua itu bergantung kepada beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh pembaca sendiri. Memulakan perniagaan semestinya memerlukan keazaman yang tinggi kerana perniagaan adalah bukan perkara yang diambil mudah. Namun begitu, pembaca yang budiman harus diingat bahawa pernigaan adalah sebuah aktiviti yang menarik dan berbaloi berdasarkan kemampuan. Andalah pekerja dan pada masa yang sama and juga adalah bos. Bukankah menarik aktiviti ini? Tiada sesiapa yang perlu mengongkong anda. Anda boleh menjalan aktiviti mengikut kebebasan anda.


Saya telah memulakn perniagaan saya dengan menternak kambing pada awalnya. Namun begitu, saya tidak lagi menumpukan perniagaan saya terhadap aktiviti penternakan semata-mata. Saya harus berfikiran jauh dan matang dengan pendapat yang lebih terjamin dan tetap. Ini adalah kerana perniagaan yang melibatkan penternakan ini memerlukan perhatian yang berterusan dan saya tinggal di Kuala Lumpur. Ternakan saya di Johor, maka saya telah memberi kepercayaan kepada orang di sana untuk menjaganya.


Saya bermuhasabah diri. Perniagaan yang mungkin sesuai bagi saya dalah perniagaan yang sentiasa diperlukan oleh pelanggan saya khususnya di kawasan yang berkepadatan tinggi dan juga berhampiran dengan kawasan institusi pendidikan. Alhamdulillah, saya telah memilih untuk memiliki perniagaan pusat sumber internet @ cyber centre. Berbekalkan pengalaman saya menguruskan pembelian komputer dengan rakan saya yang juga usahawan cyber centre, saya menjadi rakan kongsi dengan beliau.

Mungkin para pembaca boleh berkongsi pandangan dan juga pendapat di blog saya ini. Saya baru sahaja memulakan penulisan blog ini untuk meningkatkan pengetahuan saya dan juga pengalaman saya boleh dikongsikan bersama dengan para pembaca yang budiman.